PROJEK CERIA MERDEKA RAYA SMKTI 2012

======================================
PROJEK CERIA MERDEKA RAYA 2012
=====================================
Tarikh : 13 - 14 hb Ogos 2012
Tempat: SMK Taman Indah
Anjuran:
Bidang Kemanusiaan SMKTI  dan Panitia Sejarah SMKTI

Tujuan dan Latar belakang Projek:
Program diadakan dengan tujuan memberi pengiktirafan serta penghormatan kepada rakyat Malaysia sama ada individu atau organisasi yang mempunyai semabagat patriotik yang tinggi untuk sama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Objektif:
i. Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara.
ii.Meningkatkankan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara.
iii.Mendorong dan mencetus kreativiti dan generasi baru dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.
Rumusan:
Adalah diharapkan agar projek yang dijalankan akan dapat menanamkan semangat cintakan negara dikalangan warga SMKTI disamping dapat mencungkil kreativiti dikalangan warga SMKTI bagi membantu kejayaan sekolah. Akhir kata,syabas dan tahniah atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak iaitu murid, guru, bukan guru, pekerja swasta , pengawal keselamatan dan seluruh warga SMKTI yang menjayakan program ini. Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada semua.

Hak Panitia Sejarah SMK Taman Indah, 73000 Tampin, N.Sembilan.Dibina pada 26/07/2012.
PENAFIAN : Panitia Sejarah SMKTI adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome dan Internet Explorer 8 ke atasdengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.